Tuesday, 18 March 2014

Konvoi Kenduri Alor Setar Perkahwinan Ahli KHCRVM Ilham Hidayat

Kawan, di sini disediakan gambar sekitar konvoi ke Kenduri Ilham Hidayat ahli KHCRVM 019 di Alor Setar, Sabtu lalu..bagi yang mempunyai koleksi2 gambar pada hari tersebut boleh muat naik gambar anda di sini utk tatapan yg lain
Terima kasih kepada semua ahli yang menjayakan konvoi ke Alor Setar ini dan tak lupa juga kepada bukan ahli yang sudi ingin merasa sendiri pengalaman berkonvoi serta berkenalan dengan kami..anda memang sporting abes dan berani..
Tak lupa juga kepada tuan rumah yang sudi menjemput para CRVian ke majlis beliau..

More photos di FB KHCRVM

KHCRVM
Enjoying.Sharing.Caring
036






Thursday, 6 February 2014

KELAB HONDA CRV MALAYSIA Sudah Berdaftar Dgn ROS

KELAB HONDA CRV MALAYSIA SUDAH DAFTAR ROS!




































Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari ini adalah hari yang paling bersejarah bagi Kelab Honda CRV Malaysia (KHCRVM). Kita dilandasan yang betul dalam menuju impian dan objektif yang ditetapkan.


Alhamdulillah. Pada hari ini, tanggal 6 Februari 2014 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah meluluskan permohonan kita sebagai sebuah kelab sah dan berdaftar. Apa signifikan peristiwa ini dengan kita?. Cukup bererti sekali kerana ianya akan menjadikan kelab kita ditadbir dengan lebih teratur dan disiplin, aktiviti kita lebih kemas dan tersusun, khidmat bantuan kepada anggota dan ahli keluarga lebih berkesan juga menjadikan kelab kita sebuah intiti yang disegani dan disayangi oleh ahli, keluarga dan masyarakat selaras dengan OBJEKTIF penubuhan kelab ini.


Jadi, langkah seterusnya mulai dari hari ini marilah kita sama-sama berganding bahu, aktif menyertai setiap aktiviti kelab diperingkat pusat dan wilayah dan mengukuhkan ukhwah dalam sebuah keluarga besar Kelab Honda CRV Malaysia (KHCRVM).
Sekalung tahniah kepada barisan EXCO yang telah berusaha dan bekerja keras demi memastikan kita "sah" untuk mengorak langkah seterusnya dalam meneroka kegemilangan Kelab Honda CRV Malaysia (KHCRVM) mencapai matlamatnya.
Terima kasih dan Tahniah untuk semua!


Mohamad Kamel Hamidon
President KHCRVM



Tuesday, 28 January 2014

Konvoi KHCRVM Ke Rumah Pengantin Di Mantin N9

Pada 26 Januari 2014, geng-geng KHCRM telah menjalankan aktiviti konvoi bersama family ke majlis perkahwinan salah seorang ahli, saudara Izzul dan pasangannya di Mantin, Negeri Sembilan.Setelah selesai mengadiri kenduri, perserta konvoi berangkat ke Nilai untuk aktiviti membeli belah.

Lihat photo lagi? Klik FB Album