Tentang KHCRVM

Kata-kata Aluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh ahli dan anggota keluarga Kelab HONDA CRV Malaysia (KHCRVM), bakal-bakal ahli kelab, peminat kelab permotoran dan pelayar internet. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih kerana sudi melayari blog rasmi Kelab HONDA CRV Malaysia (KHCRVM) ini.

Bermula dari sessi "Teh Tarik” (TT) pada 30 Ogos 2013 dengan kehadiran 12 orang pemilik CRV yang mempunyai hasrat yang sama, iaitu mencari sahabat seCRV!!!. Idea asal ini yang pada mulanya hanyalah untuk mengumpul pemilik CRV di Lembah Kelang telah memberi inspirasi untuk mengumpul lebih ramai lagi pemilik CRV dengan meluaskan skop ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sambutan yang diterima adalah diluar jangkaan. Hanya dalam tempoh 1 bulan, kami telah berjaya mengumpulkan lebih dari 100 orang pemilik CRV.
Bergerak dari sini, sejarah tercatat di Malaysia juga bersempena HARI MALAYSIA, 16 September 2013, di Dataran Putrajaya,  seramai 35 orang pemilik CRV telah hadir dan berkumpul dengan satu satu tujuan iaitu menyaksikan dan meraikan secara rasmi KELAB HONDA CRV MALAYSIA ditubuhkan. Secara rasmi menerima pelekat kereta dan secara simbolik ahli yang hadir melekatkan pelekat kereta di CRV masing-masing dengan nombor ahli tertera pada pelekat kereta mereka. Pertama kali berlaku di Malaysia!!!.

Tanpa menoleh kebelakang, KHCRVM bergerak dengan pelbagai aktiviti telah kita jalankan selepas itu seperti:
1) Sessi perjumpaan berkala / “The Tarik” dan perjumpaan ahli di sekitar Lembah Kelang, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
2) Konvoi dan Perkelahan Di Hutan Lipur Lentang, Raub, Pahang pada 27 Oktober 2013.
3) Mega Konvoi & Family Day di Cherating, Pahang pada 15-16 Disember 2013 yang telah berjaya mengumpulkan ahli-ahli dari beberapa buah negeri iaitu dari Lembah Kelang, selatan tanahair dan Pantai Timur. Aktiviti ini telah disiarkan didalam akhbar SINAR keluaran 26 Disember 2013.
Selain daripada itu, kami juga telah memberikan khidmat sosial kepada ahli dan masyarakat melalui Portfolio Kebajikan Ahli dan Masyarakat KHCRVM dan juga antara ahli seperti:
1) Melawat beberapa orang ahli keluarga KHCRVM yang ditimpa musibah/ keadaan tidak selesa
2) Bantuan kemanusiaan kepada masyarakat yang terlibat dalam bencara banjir di pantai timur baru-baru ini.
3) Memberi bantuan dan sokongan kepada ahli dan masyarakat yang menghadapi masalah kereta mereka semasa dalam perjalanan sehingga baik pulih berjaya dilakukan.


Pada tanggal 6 Februari 2014 iaitu pada ketika usia kelab baru menjejah 5 bulan, permohonan kelab kita untuk mendaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah diluluskan!. Secara rasminya KELAB HONDA CR-V MALAYSIA (KHCRVM) (ROS REG NO. - PPM-016-14-06022014) sebuah Kelab permotoran dan Sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Ini adalah kejayaan paling manis setakat ini oleh kelab kita berkat kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh barisan exco dan ahli-ahli juga anggota keluarga keseluruhan.

Apa signifikasi peristiwa ini dan keperluannya kepada kelab?. Ya, kelab kita akan ditadbir dengan lebih sistematik, tersusun dan apa juga perancangan juga aktiviti samada kekeluargaan atau permotoran akan dapat kita laksanakan dengan lebih berkesan. Ini perlu untuk mencapai dan selaras dengan OBJEKTIF kita dan motto kita ENJOYING.SHARING.CARING iaitu:
1) Platform mengumpul pemilik CRV di Malaysia
2) Mengukuhkan ukhwah antara ahli & anggota keluarga
3) Menjalankan aktiviti sosial dengan cara yang sihat dan positif
4) Berkongsi & bertukar-tukar pendapat
5) Bantuan teknikal & penyelenggaran
6) Platform mendapatkan kos penyelenggaran yang berpatutan

Walaupun kita hanya sebuah kelab, harapan saya pada satu hari nanti KHCRVM akan menjadi satu organisasi yang disegani, disenangi dan rakan kepada ahli & masyarakat. Kita juga akan mempunyai sebuah "WISMA KHCRVM" yang menjadi pusat sehenti ahli-ahli dalam membantu menyelesaikan urusan ahli dan tempat rujuk dalam banyak perkara.

Selain daripada itu, saya berharap KHCRVM juga akan menjadi pilihan dan "rakan baik" kepada kepimpinan negara dan negeri, pihak berkuasa, wartawan & media, kelab/ pertubuhan/ NGO dan masyarakat.

ENJOYING.SHARING.CARING

Mohamad Kamel Hamidon
Presiden KHCRVM