Sunday 18 May 2014

Konvoi Ziarah ke Rumah Sarip

Konvoi Majlis Doa Selamat Dan Sambutan Hari Lahir Mohamad Naufal Amsyar

Salam. Pada 17 Mei 2014, aktiviti konvoi dimulakan dengan berkumpul di Surau Plaza Toll Sungai Merab Lebuhraya Kajang Silk yang dihadiri oleh 11 buah kereta. Perjalanan menuju ke lokasi majlis dimulakan setelah solat fardhu maghrib, berjalan dalam keadaan berkonvoi, dan diiringi oleh 2 orang marshall dan tiada gannguan trafik dilakukan. Sekitar jam 9 malam konvoi tiba di lokasi majlis iaitu di Pelangi Semenyeh 2. Demikian sedikit gambar ketika majlis berlangsung...










Monday 5 May 2014

KHCRVM ke HKL Ziarah Isteri Sudara Hasmani Tukiman

Petang tadi Prez & EXCO, Azlan Taib, Ahmad Ridzwan, Abg Razali & Shima bersama wakil "Ladies" Rizana Seri & Rahanna sempat melawat isteri salah seorang ahli keluarga KHCRVM iaitu saudara Hasmani Tukiman yang sedang berada di HKL berikutan breast cancer yg dihidapi beliau, di tingkat 3, wad 14, bilik 6, berdekatan dgn wad kecemasan.

Marilah kita sama2 mendoakan agar beliau kembali sejahtera dan diringankan penyakit yang dihidapinya.

Kamel
Prez



Thursday 1 May 2014

Ahli Jawatankuasa Tetap KHCRVM 2014-2016

Alhamdulillah setelah hampir sebulan menyusun atur tugas dan secara rasminya ahli jawatankuasa tetap telah diumumkan oleh Presiden Kelab Honda CR-V Malaysia melalui email kepada semua AJK KHCRVM..semoga tugas sukarela ini dapat dipikul dengan penuh amanah dan dedikasi oleh para exco baru ini bagi memantapkan perjalanan seterusnya KHCRVM sehingga pemilihan semua di tahun 2016 nanti..semoga para ahli KHCRVM dapat memberikan kerjasama yang baik kepada para exco dan memberikan sokongan penuh dan komitmen yang tinggi kepada setiap acara yang akan dijalankan kelak..

KHCRVM
Enjoying.Sharing.Caring
Admin_036
Setiausaha 1 KHCRVM