Thursday 6 February 2014

KELAB HONDA CRV MALAYSIA Sudah Berdaftar Dgn ROS

KELAB HONDA CRV MALAYSIA SUDAH DAFTAR ROS!




































Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari ini adalah hari yang paling bersejarah bagi Kelab Honda CRV Malaysia (KHCRVM). Kita dilandasan yang betul dalam menuju impian dan objektif yang ditetapkan.


Alhamdulillah. Pada hari ini, tanggal 6 Februari 2014 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah meluluskan permohonan kita sebagai sebuah kelab sah dan berdaftar. Apa signifikan peristiwa ini dengan kita?. Cukup bererti sekali kerana ianya akan menjadikan kelab kita ditadbir dengan lebih teratur dan disiplin, aktiviti kita lebih kemas dan tersusun, khidmat bantuan kepada anggota dan ahli keluarga lebih berkesan juga menjadikan kelab kita sebuah intiti yang disegani dan disayangi oleh ahli, keluarga dan masyarakat selaras dengan OBJEKTIF penubuhan kelab ini.


Jadi, langkah seterusnya mulai dari hari ini marilah kita sama-sama berganding bahu, aktif menyertai setiap aktiviti kelab diperingkat pusat dan wilayah dan mengukuhkan ukhwah dalam sebuah keluarga besar Kelab Honda CRV Malaysia (KHCRVM).
Sekalung tahniah kepada barisan EXCO yang telah berusaha dan bekerja keras demi memastikan kita "sah" untuk mengorak langkah seterusnya dalam meneroka kegemilangan Kelab Honda CRV Malaysia (KHCRVM) mencapai matlamatnya.
Terima kasih dan Tahniah untuk semua!


Mohamad Kamel Hamidon
President KHCRVM