Showing posts with label #khcrvm. Show all posts
Showing posts with label #khcrvm. Show all posts

Wednesday, 4 May 2016

Mega Convoy & Family Day KHCRVM 2014 Vol 2

Tarikh : 6-7/12/2014
Lokasi : Samudera Resort, Tanjung Bidara, Melaka

Gambar-gambar sekitar kemeriahan MEGA CONVOY & FAMILY DAY KHCRVM 2014 VERSION 2.0 baru-baru ini










Misi Bantuan Banjir Pantai Timur 9-11 Januari 2015


KELAB HONDA CR-V MALAYSIA (KHCRVM) (ROS REG NO. - PPM-016-14-06022014) ( www.facebook.com/KelabHondaCrVMalaysia ) sebuah Kelab permotoran dan Sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan menganjurkan program "We Care Our Family"
"We Care Our Family" adalah sebuah misi kemanusiaan bagi membantu meringankan beban terutama AHLI-AHLI KHCRVM dan ahli keluarga mereka yang telah terlibat sebagai mangsa banjir secara langsung di kawasan yang terlibat
Bantuan KHCRVM lebih difokuskan ...kepada bantuan post-banjir seperti kerja-kerja pembersihan premis dan bantuan wang tunai dan/atau keperluan asas kepada AHLI KHCRVM dan keluarga mereka yang terlibat.


Misi ke pantai timur
Tarikh : 9 - 11 JAN 2015 (jumaat hingga ahad) (bergantung kepada cuaca dan access laluan darat)
Tujuan : menziarah ahli dan menyalurkan tenaga & menyalurkan sumbangan makanan.
Tentatif:

 9.01.2015 jumaat
9 mlm Bertolak ke pantai timur
 10.01.2015 sabtu
8am Ziarah ahli di kwsn kelantan
11.01.2015 ahad
8am Ziarah ahli di kwsn terengganu & pahang
4pm - bertolak ke kl

Segala sumbangan yang diberikan adalah untuk membeli segala keperluan makanan asas, First Aid & keperluan peralatan yang diperlukan.
Juga bagi membeli barangan keperluan sukarelawan untuk mencuci kediaman AHLI yang menjadi mangsa banjir seperti berus, penyapu dan sebagainya

Sama-sama kita doakan semoga ahli-ahli selamat menjayakan misi ini..

Wednesday, 27 January 2016

Mega Convoy & Family Day KHCRVM Vol 3 : Mai Cek Kita Pi Kedah



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUAALAIKUM WBT...
📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢
MEGA CONVOY & FAMILY DAY KHCRVM VOL 3 : MAI CEK KITA P KEDAH akan diadakan :-
TEMPAT : HAVARD SUASANA HOTEL, GURUN, KEDAH
TARIKH : 30/4/2016 - 1/5/2016
BAYARAN :
a. AHLI BERDAFTAR - RM150.00 seorang
b. BUKAN AHLI - RM180.00 seorang
c. KANAK2 12 TAHUN KE BAWAH DIKECUALIKAN
d. KANAK2 HANYA HANYA DIKENAKAN CAJ UNTUK BAJU SAHAJA (JIKA TERDAPAT PERMINTAAN)
TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN BAYARAN ADALAH PADA 6/3/2016
(cara pembayaran akan diumum kemudian)
PENDAFTARAN BOLEH DILAKUKAN DENGAN MENGHANTAR:-
NAMA :
NO AHLI :
BILANGAN PENYERTAAN (DEWASA) :
BILANGAN PENYERTAAN (KANAK2 BAWAH 12 TAHUN) :
NO TEL :
EMAIL :
SAIZ BAJU (PESERTA) :
KEPADA SDR. MOHAMAD WAFA (0192632776) UNTUK PENYERTAAN.

Sila rujuk FB Event Family Day & KHCRVM FB Page untuk update terkini.

Berikut ialah contoh pendaftaran melalui SMS/Whatsapp/Telegram kpd Sdr Wafa.

Tuesday, 25 August 2015

Mesyuarat Family Day Vol 3 "Jom Pi Utagha Pulak" 23 August 2015 - Riverstone Eco Resort

Telah berlangsung Mesyuarat Family Day Vol. 3 yang bertempat di Riverstone Eco Resort pada 23 August 2015 yang lalu. Aktviti lebih berorientasikan berkumpul bersama ahli keluarga KHCRVM dan berbincang mengenai persiapan untuk menjayakan Family Day pada bulan disember akan datang.


"JOM PI UTAGHA PLAK"


Gambar-gambar sekitar majlis berlangsung.







Friday, 16 January 2015

Misi Bantuan Banjir 2 KHCRVM & PRADAS


MISI BANTUAN BANJIR 2 KHCRVM & PRADAS "ROAD TO MANEK URAI"

KELAB HONDA CR-V MALAYSIA (KHCRVM) (ROS REG NO. - PPM-016-14-06022014) sebuah Kelab permotoran dan Sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan kerjasama PEPERSATUAN PEMINAT KOMUNIKASI RADIO DUA-HALA SELANGOR (PRADAS) RoS Reg No : 0069-07- SEL akan menganjurkan Misi Bantuan Banjir 2 "Road To Manek Urai" "Road To Manek Urai" adalah sebuah misi bantuan kemanusiaan bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Manek Urai.

BANTUAN LEBIH DIFOKUSKAN KEPADA BANTUAN PASCA-BANJIR SEPERTI KHEMAH, SELIMUT, BANTAL, ALATAN PERSEKOLAHAN, ALATAN PEMBERSIHAN DIRI DAN SEBAGAINYA KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR DI SANA Cadangan Misi Bantuan Banjir 2 KHCRVM & PRADAS 'Road to Manek Urai'

Tarikh : 23-25 JANUARI 2015 (jumaat hingga ahad)

Tujuan : PENYAMPAIAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR KHCRVM & PRADAS amat mengalu-alukan sumbangan dalam WANG TUNAI bagi MENYEDIAKAN barangan spt yg dinyatakan.

Segala sumbangan perlu disalurkan melalui akaun rasmi KHCRVM Bank : Maybank Nama akaun : KELAB PEMILIK HONDA CR-v KL & SELANGOR No. Akaun : 562870505136 Segala Sumbangan kewangan yg diperolehi akan dimanafaatkan utk pembelian barangan dan akan dibuat agihan kepada lebih kurang 50 keluarga di Manek Urai.

Sebarang pertanyaan berkenaan misi 'Road to Manek Urai' boleh berhubung dgn Timbalan Presiden KHCRVM selaku Pengarah Projek Bersama mewakili KHCRVM Sdr. Azlan Bin Taib Timbalan Presiden KHCRVM 013 741 9914 azlan.taib@gmail.com Dengan ini, kami di KHCRVM dan PRADAS berharap misi 'Road to Manek Urai' akan mendapat PENYERTAAN dan SUMBANGAN yg menggalakan daripada semua bagi menjayakan misi kali ini Sekian, Terima Kasih

Sunday, 18 May 2014

Konvoi Ziarah ke Rumah Sarip

Konvoi Majlis Doa Selamat Dan Sambutan Hari Lahir Mohamad Naufal Amsyar

Salam. Pada 17 Mei 2014, aktiviti konvoi dimulakan dengan berkumpul di Surau Plaza Toll Sungai Merab Lebuhraya Kajang Silk yang dihadiri oleh 11 buah kereta. Perjalanan menuju ke lokasi majlis dimulakan setelah solat fardhu maghrib, berjalan dalam keadaan berkonvoi, dan diiringi oleh 2 orang marshall dan tiada gannguan trafik dilakukan. Sekitar jam 9 malam konvoi tiba di lokasi majlis iaitu di Pelangi Semenyeh 2. Demikian sedikit gambar ketika majlis berlangsung...










Monday, 5 May 2014

KHCRVM ke HKL Ziarah Isteri Sudara Hasmani Tukiman

Petang tadi Prez & EXCO, Azlan Taib, Ahmad Ridzwan, Abg Razali & Shima bersama wakil "Ladies" Rizana Seri & Rahanna sempat melawat isteri salah seorang ahli keluarga KHCRVM iaitu saudara Hasmani Tukiman yang sedang berada di HKL berikutan breast cancer yg dihidapi beliau, di tingkat 3, wad 14, bilik 6, berdekatan dgn wad kecemasan.

Marilah kita sama2 mendoakan agar beliau kembali sejahtera dan diringankan penyakit yang dihidapinya.

Kamel
Prez



Thursday, 1 May 2014

Ahli Jawatankuasa Tetap KHCRVM 2014-2016

Alhamdulillah setelah hampir sebulan menyusun atur tugas dan secara rasminya ahli jawatankuasa tetap telah diumumkan oleh Presiden Kelab Honda CR-V Malaysia melalui email kepada semua AJK KHCRVM..semoga tugas sukarela ini dapat dipikul dengan penuh amanah dan dedikasi oleh para exco baru ini bagi memantapkan perjalanan seterusnya KHCRVM sehingga pemilihan semua di tahun 2016 nanti..semoga para ahli KHCRVM dapat memberikan kerjasama yang baik kepada para exco dan memberikan sokongan penuh dan komitmen yang tinggi kepada setiap acara yang akan dijalankan kelak..

KHCRVM
Enjoying.Sharing.Caring
Admin_036
Setiausaha 1 KHCRVM




Wednesday, 16 April 2014

Instagram KHCRVM..Jom Follow!

Salam semua ahli KHCRVM,

Sukacita kita mengumumkan KHCRVM sudah ada Instagram.

Jadi apa lagi, jom follow dan jangan lupa #khcrvm.


Tuesday, 18 March 2014

Konvoi Kenduri Alor Setar Perkahwinan Ahli KHCRVM Ilham Hidayat

Kawan, di sini disediakan gambar sekitar konvoi ke Kenduri Ilham Hidayat ahli KHCRVM 019 di Alor Setar, Sabtu lalu..bagi yang mempunyai koleksi2 gambar pada hari tersebut boleh muat naik gambar anda di sini utk tatapan yg lain
Terima kasih kepada semua ahli yang menjayakan konvoi ke Alor Setar ini dan tak lupa juga kepada bukan ahli yang sudi ingin merasa sendiri pengalaman berkonvoi serta berkenalan dengan kami..anda memang sporting abes dan berani..
Tak lupa juga kepada tuan rumah yang sudi menjemput para CRVian ke majlis beliau..

More photos di FB KHCRVM

KHCRVM
Enjoying.Sharing.Caring
036






Thursday, 6 February 2014

KELAB HONDA CRV MALAYSIA Sudah Berdaftar Dgn ROS

KELAB HONDA CRV MALAYSIA SUDAH DAFTAR ROS!




































Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari ini adalah hari yang paling bersejarah bagi Kelab Honda CRV Malaysia (KHCRVM). Kita dilandasan yang betul dalam menuju impian dan objektif yang ditetapkan.


Alhamdulillah. Pada hari ini, tanggal 6 Februari 2014 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah meluluskan permohonan kita sebagai sebuah kelab sah dan berdaftar. Apa signifikan peristiwa ini dengan kita?. Cukup bererti sekali kerana ianya akan menjadikan kelab kita ditadbir dengan lebih teratur dan disiplin, aktiviti kita lebih kemas dan tersusun, khidmat bantuan kepada anggota dan ahli keluarga lebih berkesan juga menjadikan kelab kita sebuah intiti yang disegani dan disayangi oleh ahli, keluarga dan masyarakat selaras dengan OBJEKTIF penubuhan kelab ini.


Jadi, langkah seterusnya mulai dari hari ini marilah kita sama-sama berganding bahu, aktif menyertai setiap aktiviti kelab diperingkat pusat dan wilayah dan mengukuhkan ukhwah dalam sebuah keluarga besar Kelab Honda CRV Malaysia (KHCRVM).
Sekalung tahniah kepada barisan EXCO yang telah berusaha dan bekerja keras demi memastikan kita "sah" untuk mengorak langkah seterusnya dalam meneroka kegemilangan Kelab Honda CRV Malaysia (KHCRVM) mencapai matlamatnya.
Terima kasih dan Tahniah untuk semua!


Mohamad Kamel Hamidon
President KHCRVM